Sunday, 3 January 2016

Wajah Islam di Hollywood

Wajah Islam di Hollywood November 26, 2007

Posted by ummahonline in Catatan KakiKolum
trackback

Oleh: Ekky Malaky
Hollywood lagi, Hollywood lagi. Hollywood hadir di mana-mana, tak terbendung. Di pawagan, di televisyen, dan bahkan dalam format VCD dan DVD. Hollywood hadir.
Ingat tulisan sebelumnya? Bahawa filem adalah sebuah media yang dashyat untuk propaganda dan menyampaikan nilai-nilai. Bahkan, dakwah Hollywood lebih dasyat dari propaganda lainnya. Kerana disampaikan secara halus. Ada filem-filem yang menampilkan wajah Islam yang neutral, bersahabat, bahkan positif. Misalnya dalam Robin Hood: Prince of Thieves (sutradara Kevin Reynold, 1991). Cuba perhatikan persahabatan antara Robinof Locksley (Kevin Costner) dengan Azeem (Morgan Freeman).
Di filem itu diperlihatkan betapa cerdas dan canggihnya, bahkan berakhlaknya seorang muslim. Azeem memperkenalkan teleskop dan teknik persalinan. Dia juga setia tidak melanggar syariat, seperti minum arak yang menjadi tradisi mereka, seperti tercantum dalam dialognya dengan Friar Tuck.
Lihat betapa bijaknya Azeem saat ditanya seorang gadis cilik mengapa dirinya hitam. “Apakah Tuhan mencatmu?” Azeem dengan santai menjawab: ”Tentu saja, because Allah loves wondrous varieties.”
Atau ingat saat yang lain menolak untuk membantu Robin Hood. Dengan penuh keberanian, Azeem berteriak lantang:
“English! English! Behold, Azeem Edin Bashir Al Bakir. I am not one of you, but I fight! I fight with Robin Hood. I fight against a tyrant who holds you under his boot! If you would be free men, then you must fight! Join us now, join Robin Hood!”
Atau, yang masih segar dalam ingatan adalah Kingdom of Heaven (Sir Ridley Scott, 2005). Filem ini fokusnya pada Bailan of Ibelin yang diperanankan oleh Orlando Bloom. Tapi di filem besar ini, digambarkan betapa mulianya seorang Saladin alias Salahuddin Al-Ayyubi, dan betapa mulianya kaum muslimin yang menjadi anak buahnya. Filem ini boleh dibilang adalah versi paling neutral, bahkan paling positif, dari perang salib di abad pertengahan.
Percakapan antara Saladin (Ghassan Massoud) dengan Raja Baldwin IV (Edward Norton) yang menderita sakit juga begitu berlagenda. Dua raja itu ternyata “bersahabat” dan dan sebenarnya mempunyai mimpi yang sama, iaitu menjadikan Jerusalem menjadi kota tiga agama dengan damai, menjadiKingdom of Heaven. Dijelaskan juga bahawa Saladin menolong Baldwin melawan kustanya, dengan mengirim tabib. Dan betapa iman, perencanaan yang matang, dan rasionaliti menyatu dalam diri Saladin.
Dari sisi produksi, filem ini juga dekat dengan umat Islam. Misalnya, gambaran yang berjumlah 1500 tentera Maghribi yang semuanya muslim, atas izin Raja Mohammed VI. Wajah positif lain adalah filem The 13th Warrior (John McTiernan, 1999) yang diadaptasi dari novel Eaters of the Dead garapan Michael Chricton. Di filem itu ada tokoh Ahmed Ibn Fahdlan Ibn Al Abbas Ibn Rashid Ibn Hamad (Antonio Banderas) yang cerdas dan mengajarkan kalimat Tauhid.
Selain ada yang positif. Ada juga yang cenderung neutral. Misalnya filem tentang tokoh-tokoh yang kebetulan beragama Islam seperti Malcolm X dan petinju lagenda Muhammad Ali. Keduanya digambarkan, tapi tentu saja bukan aktivitas keislamannya.
Dalam Malcolm X (Spike Lee, 1992), Denzel Washington bermain bagus sebagai tokoh yang bernama hijrah El-Hajj Malik Al-Shabazz itu. Memang ada sisi keislaman, seperti naik haji dan menyedari bahawa ketakwaan bukan dilihat dari warna kulit seperti diajarkan oleh Nation of Islam. Tapi Spike Lee yang memang orang kulit hitam radikal itu lebih banyak menyoroti soal rasialisme.
Tentang filem ini, ada hal menarik. Saat diputar pada sebuah acara Ramadhan tahun 1997, saat adegan di bar dan Malcolm masih jahiliyah, seorang peserta berdiri:”Mana Islaminya?” Dan Emha Ainun Nadjib, yang kala itu menjadi narasumber di program berikutnya, menyatakan: ”Itu adegan kemungkaran. Memang, kalau mahu nahi munkar, harus tahu dulu munkarnya seperti apa?”
Tapi, setidaknya, masyarakat Amerika tahu tentang sosok pejuang yang mati syahid kerana ditembak saat ceramah ini.
Sementara Ali (Michael Mann, 2001), yang bercerita tentang Muhammad Ali, juga digambarkan dengan apa adanya dan memfokuskan pada karier tinju dan kehidupan peribadi, termasuk hobinya yang suka bertukar ganti pasangan—menurut filem ini. Petinju yang terkenal lewat jargon “Float like a butterfly, sting like a bee His hands can’t hit what his eyes can’t see” ini diperanankan oleh Will Smith. Ekoran mendalaminya, Will dekat dengan Ali bahkan ada isu Will mendalami dan masuk agama Islam.
Tapi, hal-hal positif dan neutral tentang Islam itu sebenarnya minoriti. Justeru hal-hal negatifnya yang banyak muncul. Daniel Mandel menulis “Muslims on the silver screen” di Middle East Quarterly, Spring 2001 yang isinya menyatakan bahawa muslim di Hollywood umumnya digambarkan sebagai teroris dan pekerjaan jahat lainya.
Misalnya soal hukum potong tangan yang diperlihatkan secara sembarangan dalam Aladdin (Ron Clements/John Musker 1992). Atau True Lies (James Cameron, 1994), yang dibintangi Arnold Schwarzenegger dan Jamie Lee Curtis yang sempat diharamkan. Di sini digambarkan terorisnya bangsa Arab dan berpidato persis pidato, Tariq bin Ziyad yang legendaris itu.
Atau filem The Siege (Edward Zwick, 1998) –yang dibintangi Denzel Washington, Bruce Willis, dan Annette Benning– yang berisi tentang terorisme berdasarkan Jihad Islam yang memperlihatkan modus yang sama persis dengan Tragedi WTC.
Jack Valenti, presiden dan CEO dari Motion Picture Association of America menyatakan bahawa industri filem di Hollywood secara kuat mendukung dasar perang Bush melawan terorisme Islam. Filem-filem Amerika itu filem yang paling menghibur di dunia, dan itulah alasan mengapa budaya mereka mendominasi,” jelasnya.
Sebenarnya, sudah lama “wajah” Islam hadir di Hollywood. Misalnya sutradara Mousthapha Akkad sudah menggarap Al-Risalah (The Messenger, 1976) dan Lion of the Dessert (1981) dengan memakai bintang Anthony Quinn. Yang pertama berisi tentang sejarah hidup Nabi Muhammad yang menjadi tontonan wajib anak rohis, dan masuk dalam senarai percalonan Music Score Terbaik di Academy Award 1978 (di sini, bukankah Muhammad Ali ingin jadi Bilal, tapi ditolak Akkad).
Sementara itu, filem Lion pula menceritakan tentang jihad Mukhtar, pemimpin Libya yang melawan Itali tahun 1911-1931.

No comments:

Post a Comment